SELAMAT HARI WANITA



 Wanita Bahagia, Keluarga Sejahtera

Wanita dicipta indah. Wanita dilengkapkan dengan naluri halus, penuh kasih sayang, fitrah keibuan dan kesabaran. 


Pelbagai peranan wanita dalam institusi kekeluargaan, masyarakat, negeri dan negara akan cemerlang sekiranya wanita ini bahagia. Insha Allah mereka akan membahagiakan dan mensejahterakan keluarga.


Wanita sangat besar sumbangannya. 

Bak kata pepatah Melayu " tangan yang menghayun buaian, boleh mengoncang dunia". Sangat benar pepatah ini!Wanita yang bijak mendidik anak-anak mengenal Pencipta dan PesuruhNya akan melahirkan Insan hebat yang sanggup berkorban untuk Agama, Negara dan bangsa.


Setiap hari adalah Hari istimewa buat semua yang bergelar wanita. Anda Insan hebat!!!


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, ”Sesungguhnya dunia dan seluruh isinya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.” HR Muslim.


Jangan sama sekali wanita lelah dan lemas menghadapi ujian dan cabaran hidup. Lumrah hidup! Semua pihak harus bersama bersinergi memberdayakan wanita, memberikan sokongan dan dokongan wanita hingga terserlah potensinya. Bahagiakanlah wanita di sisi anda! Insha Allah keluarga anda akan sejahtera‼️


Selamat Hari Wanita...



Comments

Popular posts from this blog

HOSPITAL KAPAR DIJANGKA SIAP 2026

UCAPAN SULUNG MP KAPAR DI DEWAN RAKYAT BERDURASI 14 minit