HOSPITAL KAPAR DIJANGKA SIAP 2026
KUALA LUMPUR: Kerajaan telah meluluskan projek pembinaan Hospital Kapar di bawah Rolling Plan 2, Rancangan Malaysia Ke-12 pada tahun 2022.
Menurut Kementerian Kesihatan, projek itu kini dalam peringkat fasa pembinaan di mana Surat Setuju Terima (SST) kontraktor telah dikeluarkan pada 14 Oktober 2022 dan dijadualkan siap pada 4 November 2026.
“Pada masa ini, kontraktor sedang melaksanakan kerja-kerja pembersihan tapak pembinaan,” ujar kementerian itu dalam jawapan bertulis kepada soalan Dr Halimah Ali [PN-Kapar] pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Dr Halimah dalam soalannya minta Menteri Kesihatan menyatakan status projek pembinaan Hospital Kapar dan bilakah ia dijangka siap.
Katanya, kementerian memahami keperluan mendesak perkhidmatan kesihatan di negeri Selangor khususnya bagi penduduk-penduduk sekitar kawasan Klang Utara, Meru, Bukit Raja serta Klang dan akan memastikan pembinaan Hospital Kapar disiapkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. – HARAKAHDAILY 2/3/2023
Comments
Post a Comment