Selamat Tahun Baru
Tahun baru Masehi 2023 kini masuk ke bulan kedua dan beberapa hari lalu kaum Tionghua seluruh dunia menyambut munculnya "Tahun Baru Arnab".
Ditakdirkan juga umat Islam menyambut bulan Rejab iaitu bulan keenam dalam kalendar Hijriah.
Kaum India juga ditakdirkan menyambut perayaan Thaipusam pada 05 Februari.
Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Majlis Parlimen kelima belas bakal disempurnakan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia SPB YDPA Al-Sultan Abdullah pada hari Isnin 13 Feb 2023 jam 10 pagi di Bangunan Parlimen Kuala Lumpur.
Sebagai Wakil Rakyat P109 Parlimen Kapar, atas pilihan dan lantikan pengundi dan rakyat kawasan Kapar yang mempunyai 3 DUN iaitu DUN Selat Klang, Sementa dan Meru, in sya Allah saya akan mengangkat suara, rintihan, keluhan, masalah dan denyut nadi rakyat Kapar.
Soalan lisan dan bertulis telah saya majukan 2 minggu lepas.
In sya Allah, semoga mendapat penjelasan dan pencerahan dari YB Menteri dan kementerian yang berkaitan sekaligus tindakan diambil dalam bentuk peruntukan dan pelaksanaan bagi mengatasi masalah rakyat kawasan Kapar.
Comments
Post a Comment